Isnin, 21 Mei 2012

TAHAP PERKEMBANGAN ANAK2 ANDA

TAHAP PERKEMBANGAN BAYI SEJAK LAHIR SMPAI USIA 6 THUN.....

kita slalu tfikir baby yg kita jg ni ad thap pkembangan yg normal ke x????
so, jom la kita sama2 nilai....

bayi umur o - 2 thun....


  • Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalankan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya
      • Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang.
  • Kanak-kanak patutnya capai kecerdasan deria motor dan sebab musabab primitif.
  • Contoh : Makan – Lapar.



kanak2 (toddler)  2-3 tahun
  • Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga
  • Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta.
  • Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya
    • (selalunya ibu bapa adalah personaliti kegemaran mereka).
  • Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya.






peringkat pra sekolah ( 4-6 tahun )

  • Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina
  • Kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak
  • Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di sekitar rumahnya.
  • Mereka mula merasakan diri mereka sebagai satu entity / mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri (muncul teori kendiri)
  • Kanak-kanak terlibat dalam permainan kumpulan dan melalui perkembangan moral peringkat awal (jahat akan didenda oleh ibu bapa
  • Kanak-kanak berkelakuan baik untuk elakkan hukuman 










tapi, klu x sure, bawak la pergi klinik.....staffness di sana akn wt penilaian thadap anak2 anda mengikut kesesuaian umur.....n sentiasa la follow temu janji tu ekkkk.....



Tiada ulasan: